10 April 2014

Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya

“ Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…" (Surah al-Baqarah : 155)

Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula bisa dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, makan tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.
Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.

Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.
Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab: “Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!

Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.

Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.

" Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.

Khabar gembira apabila diuji

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“ Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman yang bermaksud :

“ Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

04 April 2014

Khasiat madu kelulut


Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

KHASIAT MADU KELULUT

Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah :

1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.


BERIKUT MERUPAKAN ULASAN PAKAR DAN ARTIKEL BERKAITAN KHASIAT :

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).

Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/

“Lebah kelulut tidak mempunyai sengat dan madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan,” katanya ketika dihubungi Berita Kampus, baru-baru ini.

Tambahnya, khasiat madu lebah kelulut juga istimewa kerana mengandungi bee bread dan propolis. Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan” (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP, Prof Dr Siti Amrah Sulaiman).

Sumber : http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/sekitar-kampus/485-khasiat-madu-lebah-kelulut

“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan   nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut

Artikel lain :
http://myprod.nerasiah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=232:pengenalan-kelulut&catid=39:bacaan-umum

http://www.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Article

Ternyata khasiat madu lebah kelulut sangat bagus utk kita amalkan setiap hari...

Dannnnn.....yg bestnya madu ni merupakan bahan utama dlm ramuan coklat love habibi jsd...selain khasiat madu, uolls dpt juga khasiat dr herba campuran lain didalam coklat love habibi ni...

Nak cuba coklat love habibi?


Further info

Call/ SMS/WhatsApp 0139867379



 



01 April 2014

Manjakani

Sejak berzaman lagi,manjakani sudah terkenal dan sinonim dengan keupayaannya merawat seribu satu masalah yang dihadapi wanita.

Sebiji buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah menyeluruh yang begitu besar

" Buah ini digunakan untuk kesihatan di tahap optimum dalaman dan luaran.Ia mampu mengetatkan faraj,menegangkan kulit dan menjadikannya bercahaya cantik, payudara yang terletak indah dan rahim yang terletak elok kedudukannya "

Berikut adalah 1001 rahsia yang terdapat pada sebiji buah manjakani

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.


5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.
 

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...