Assalamualaikum
wbt..
Senggugut mungkin
dianggap perkara normal yang boleh berlaku kepada setiap perempuan yang
period. Bezanya mungkin ada yang teruk
sangat-sangat hingga menjejaskan kehidupan seperti terpaksa ambil cuti sakit
dan sebagainya, sebahagiannya pula sakit yang tidak terlalu teruk dan ada juga
yang tak pernah mengalaminya.
Tapi kita kena
ambil perhatian sebenarnya tentang senggugut ini terutamanya yang senggugut
teruk dan ada tanda-tanda lain seperti heavy flow dan diikuti dengan darah
berketul-ketul serta period yang berpanjangan. Ini mungkin tanda-tanda penyakit
yang lebih serius.
Nak share
pengalaman sendiri. Dulu saya juga ada masalah senggugut yang agak teruk. Rasa
sakit selalu menyerang di bahagian pinggang hingga kadang-kadang nak berjalan
pun susah. Darah yang keluar juga berketul-ketul. Tapi sebab masa tu pengetahuan
tak ada, tak pernah nak ambil tahu maka saya biarkan sahaja masalah tersebut
dengan anggapan ianya normal. Dalam peti ais memang sentiasa sediakan pain
killer macam ponstan atau panadol menstrual tanpa ada kesedaran bahawa
ubat-ubatan tersebut akan membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Pil-pil seperti itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya
meredakan kesakitan buat sementara sahaja.
Alhamdulillah,
sekarang masalah senggugut tu dah hilang. Terima kasihlah kepada kawan yang
perkenalkan pad herba Avail kepada saya :). Barulah tahu tentang kesan-kesan
pemakaian tuala wanita yang tidak berkualiti (diperbuat daripada recycle
paper). Dulu bagi saya, asalkan pad tu murah sudahla. Setakat nak pakai tampung
darah kotor je kot lepas tu buang. Buat apa nak pakai yang mahal-mahal. Tapi
saya terlupa, organ kewanitaan kita adalah aset paling penting. Seharusnya beri
penjagaan terbaik termasuklah memilih pad yang lebih berkualiti.
Oklah, mungkin
anda yang sampai ke blog saya ini sebab nak cari maklumat tentang cara
mengatasi masalah senggugut, cyst dan endometriosis kan? Saya sharelah
sikit-sikit info yang saya kumpul dari pelbagai artikel (majalah/googgle).
Moga-moga anda mendapat manfaatnya.
Apa Itu Senggugut?
Mungkin ada
pembaca di kalangan adik-adik yang baru akil baligh yang musykil tentang
istilah senggugut ini. Pada adik-adik yang belum tahu, senggugut itu ialah
kesakitan yang datang time period. Misalnya, rasa sakit perut (bahagian
ari-ari), sakit pinggang, sakit bahagian belakang, rasa loya, muntah,
cirit-birit dan sakit kepala. Kalau yang teruk sangat tu kadang-kadang boleh
pengsan. Kenapa boleh kena senggugut, tiada sebab yang nyata. Menurut pakar
ianya berkaitan dengan pengeluaran hormon prostalgaldin yang berlebihan menyebabkan
pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat, tu sebab kita rasa sakit.
Jenis-jenis
senggugut
Senggugut ada 2
jenis. Jenis yang pertama tak berbahaya digelar senggugut primer (primary
dysmenorrhea). Biasanya senggugut jenis ini dialami oleh golongan remaja atau
wanita dewasa dalam lingkungan 20-an serta masih belum berkahwin. Senggugut
jenis ini akan beransur kurang setelah berkahwin dan melahirkan anak.
Jenis yang kedua
ni puan-puan kena ambil berat sebab kalau dah kahwin dan dah melahirkan senggugut
masaih tak hilang-hilang, ada kemungkinan ianya sengugut jenis kedua yang iaitu
senggugut sekunder (secondary dysmenorrhea). Senggugut jenis kedua ini adalah
petunjuk kepada penyakit endometriosis disebabkan masalah rahim terbalik
(retroverted uterus) jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim.
Apa itu
endometriosis dan cyst?
Penyakit
endometriosis berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh ditempat lain di luar rahim (biasanya di ovari, belakang rahim, tiub fallopio,
pundi kencing dan juga tempat aneh yang lain seperti parut caeserean). Tisu
endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding dan otot rahim yang akan
menyebabkan penyakit adenomyosis. Sekiranya keadaan ini berlaku di ovari, darah
akan berkumpul di situ lalu menyebabkan cyst ovari. Apabila tisu endometrium
ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat rangsangan
hormon dalam kitar haid. Lapisan ini juga akan mengeluarkan darah apabila
seseorang wanita itu period.
Mengapa
Endometriosis Boleh Terjadi ?
Menurut pakar,
punca terjadinya penyakit ini tidak begitu jelas namun dikaitkan dengan masalah
rahim terbalik jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim. Faktor lain
mungkin disebabkan masalah gangguan hormon berpunca dari faktor pemakanan,
persekitaran dan juga stress akibat tekanan. Saya pernah bertemu dengan
seseorang yang menghidap penyakit adenomyosis, katanya semasa muda beliau suka
menggunakan tampon. Jadi, penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti juga
mungkin merupakan salah satu faktor. Apatah lagi tampon, yang memang
disumbatkan ke dalam.
Pertumbuhan
endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid
maka ia akan terus membesar dan merebak menyebabkan senggugut menjadi semakin
serius. Endometriosis yang dibiarkan berlarutan menyebabkan kesan buruk dalam
jangka masa panjang, boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil atau kerap
mengalami keguguran.
Mengatasi Masalah
Senggugut, Endometriosis dan Cyst Secara Semulajadi
Selain perubatan
moden (ubat-ubatan dan pembedahan), langkah alternatif yang boleh dilakukan
ialah dengan cuba mengawal pertumbuhan endometriosis dan cyst tersebut agar
pembedahan yang berulangkali boleh dielakkan. Penyakit ini tiada ubatnya dan
agak sukar menghilangkannya terus walaupun sudah dibuang melalui pembedahan
kerana ianya boleh berulang. Ini disebabkan penyakit ini dikatakan berkait
rapat dengan masalah ketidakseimbangan hormon iaitu berlebihan hormon estrogen.
Maknanya selagi belum menopaus atau rahim tidak dibuang selagi itulah risiko
endo dan cyst tersebut untuk tumbuh semula adalah tinggi.
Saya pernah
terbaca beberapa artikel di internet salah satu cara untuk mengawal pertumbuhan
endo dan cyst ini ialah dengan mengurangkan kadar kemasukan estrogen-menyamar
ke dalam tubuh (xenoestrogen). Estrogen-menyamar ini apabila bergabung dengan
estrogen sebenar dalam tubuh kita mengakibatkan estrogen berlebihan.
☎ Call/ SMS/WhatsApp 0139867379
✉ PM https://www.facebook.com/messages/NajatJamuSusukDara
No comments:
Post a Comment