1. Pemarah :
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam :
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini
sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami
itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
: amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan.
4. Bakhil :
sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dll dari
dirinya.
5. Tamak :
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang
banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg
diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
: andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang
lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time
keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego : ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang
memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak :
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi
jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita
riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah
pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan
pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Jom sama2 kita jauhi sifat2 mazmumah ni ye kawan2 :)
No comments:
Post a Comment