31 March 2014

Kesan buruk air batu

Kesan buruk air batu / ais kepada badan kita amat memudaratkan sebenarnya, terutama sekali selepas kita makan. Air batu yang sejuk tersebut secara tak langsung akan membekukan makanan berminyak di dalam perut kita sekaligus melambatkan proses penghadaman.

Ini akan menyebabkan lemak terkumpul dan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah berasa sakit dan bisa.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranakan.

Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

Individu yang selalu minum air batu atau sering berada dalam pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran.

Jom amalkan gaya hidup sihat!!


Amalan terbaik semasa hamil

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak share amalan terbaik yang boleh ibu2 hamil amalkan sepanjang tempoh mengandungkan baby kita...jom teruskan membaca :)

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilan.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung

Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna)
5. Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
6. Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)


Ibu Sihat, Anak Cerdas

Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :

Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


Semoga info ini bermanfaat buat mummies semua!!

28 March 2014

Seratus sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan

1. Tidur dalam keadaan berwuduk
2. Baca surah ikhlas, al-falak dan an-nas sebelum tidur
3. Takbir dan tasbih ketika tidur
4. Berdoa ketika terbangun dari tidur waktu malam
5. Doa ketika bangun daripada tidur
6. Berkumur dan menghisap air ke dalam hidung dari satu cedukan sebelah tangan
7. Berwuduk sebelum mandi
8. Baca doa selepas wuduk
9. Jimat penggunaan air
10. Selepas wuduk sembahyang dua rakaat
11. Menjawab seruan azan
12. Banyak bersugi
13. Ke masjid awal
14. Pergi ke masjid berjalan kaki
15. Hadir sembahyang dengan tenang
16. Doa ketika masuk dan keluar masjid
17. Sembahyang berhadang
18. Duduk atas dua tumit yang didirikan ketika duduk antara dua sujud
19. Duduk atas lantai dengan mendirikan kaki kanan ketika duduk tahyat akhir
20. Banyakkan berdoa setelah tahyat akhir dan sebelum beri salam
21. Melakukan sembahyang sunat rawatib
22. Sembahyang dhuha
23. Qiyamullail
24. Sembahyang witir
25. Sembahyang dengan beralas kaki
26. Sembahyang di masjid quba’
27. Sembahyang sunat di rumah
28. Sembahyang istikharah
29. Duduk di tempat sembahyang selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari
30. Mandi hari jumaat
31. Hadir awal untuk sembahyang jummat
32. Mencari masa mustajab doa hari jumaat
33. Pergi dan balik sembahyang raya dengan jalan berbeza
34. Sembahyang jenazah
35. Ziarah kubur-kubur
36. Sahur (puasa)
37. Segera berbuka puasa
38. Menghidupkan ramadhan
39. Iktikaf pada bulan ramadhan
40. Puasa sunat enam hari dalam bulan syawal
41. Puasa tiga hari setiap bulan
42. Puasa hari arafah
43. Puasa hari asyura
44. Pilih seorang ketua (musafir)
45. Takbir ketika melalui tempat tinggi dan tasbih ketika menuruni tempat rendah
46. Doa ketika singgah sesuatu tempat
47. Terlebih dahulu ke masjid apabila balik dari musafir
48. Doa ketika pakai baju baru
49. Mula dengan kaki kanan apabila pakai alas kaki
50. Baca bismillah ketika makan
51. Ucap al-hamdulillah selepas makan
52. Minum dalam keadaan duduk
53. Berkumur dengan susu
54. Tidak mencela makan
55. Makan dengan tiga jari tangan dan menjilat jari itu apa bila selesai makan
56. Minum dan berubat dengan air zam-zam
57. Sarapan terlebih dahulu sebelum pergi sembahyang raya fitri
58. Banyak membaca al-quran
59. Baca al-quran dengan suara yang bagus
60. Zikir kepada allah setiap ketika
61. Bertasbih
62. Mendoakan orang yang bersin
63. Doa untuk pesakit
64. Meletak tangan pada tempat sakit serta doa
65. Berdoa ketika mendengar ayam berkokok
66. Berdoa ketika hujan turun
67. Baca zikir ketika masuk rumah
68. Baca zikir dalam majlis
69. Berdoa ketika hendak masuk tandas
70. Berdoa ketika angin bertiup
71. Doa untuk muslimin yang tidak bersama
72. Berdoa ketika mendapat musibah
73. Menyebarkan salam
74. Menuntut ilmu
75. Meminta izin sebelum masuk tiga kali
76. Tahnik mulut anak yang baru lahir
77. Akikahkan anak
78. Singkap sebahagian badan agar kena hujan
79. Melawat pesakit
80. Senyum
81. Ziarah-menziarahi kerana allah
82. Nyatakan kecintaan apabila cinta terhadap seseorang
83. Tutup mulut apabila menguap
84. Sangka baik terhadap manusia
85. Membantu keluarga dalam kerja rumah
86. Sunnah fitrah
87. Menjaga anak yatim
88. Menjauhi marah
89. Menangis kerana takut terhadap allah
90. Bersedakah jariah
91. Membina masjid
92. Telorensi ketika berjualbeli
93. Menghilang gangguan jalan
94. Sedekah
95. Banyak melakukan amal sholeh pada 10 zulhijjah
96. Membunuh cicak
97. Larangan mencerita dari semua perkara yang didengari
98. Memberi nafkah keluarga
99. Lari-lari anak semasa tawaf
100. Beramal sholeh berterusan walaupun sedikit.

Antara 100 di atas.. Cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah..

Jom upgrade mana yang kurang..mudahan bermanfaa...

Testimoni masker vagina

AMARAN! jika anda guna akan KETAT, MANTAP, & SEDAP.
Magiknya datang dari hujung jari anda. Cuma celup, sapu,skrub dan oles.

MACAM TAK CAYA JE?

Percayalah, Ia bukan sekadar MASKER VAGINA...tapi segala powder...

+ boleh rapatkan bibir fajar
+ boleh merawat gatal2 di bahagian faraj
+ boleh serap keluar keputihan
+ boleh mencerahkan kulit di bahagian faraj
+ menyamankan faraj
+ boleh merawat masalah ruam di bahagian lain
+ boleh jadi pengganti deodorant
+ merawat buasir
+ merawat luka2 kecil




Further info
Call/ SMS/WhatsApp 0139867379

Testimoni jamu pengantin dara

Tiada jamu sehebat JSD.....
Husband custmer memuji keberkesanan produk JSD......


Uolls nk cuba?


Further info
Call/ SMS/WhatsApp 0139867379

9 sebab-sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah : paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam : tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki : amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil : sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan , pangkat dll dari dirinya.

5. Tamak : orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar : andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego : ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak : terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jom sama2 kita jauhi sifat2 mazmumah ni ye kawan2 :)

23 March 2014

Senggugut, Endometriosis, Cyst dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt..

Senggugut mungkin dianggap perkara normal yang boleh berlaku kepada setiap perempuan yang period.  Bezanya mungkin ada yang teruk sangat-sangat hingga menjejaskan kehidupan seperti terpaksa ambil cuti sakit dan sebagainya, sebahagiannya pula sakit yang tidak terlalu teruk dan ada juga yang tak pernah mengalaminya.

Tapi kita kena ambil perhatian sebenarnya tentang senggugut ini terutamanya yang senggugut teruk dan ada tanda-tanda lain seperti heavy flow dan diikuti dengan darah berketul-ketul serta period yang berpanjangan. Ini mungkin tanda-tanda penyakit yang lebih serius.

Nak share pengalaman sendiri. Dulu saya juga ada masalah senggugut yang agak teruk. Rasa sakit selalu menyerang di bahagian pinggang hingga kadang-kadang nak berjalan pun susah. Darah yang keluar juga berketul-ketul. Tapi sebab masa tu pengetahuan tak ada, tak pernah nak ambil tahu maka saya biarkan sahaja masalah tersebut dengan anggapan ianya normal. Dalam peti ais memang sentiasa sediakan pain killer macam ponstan atau panadol menstrual tanpa ada kesedaran bahawa ubat-ubatan tersebut akan membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang. Pil-pil seperti itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya meredakan kesakitan buat sementara sahaja.

Alhamdulillah, sekarang masalah senggugut tu dah hilang. Terima kasihlah kepada kawan yang perkenalkan pad herba Avail kepada saya :). Barulah tahu tentang kesan-kesan pemakaian tuala wanita yang tidak berkualiti (diperbuat daripada recycle paper). Dulu bagi saya, asalkan pad tu murah sudahla. Setakat nak pakai tampung darah kotor je kot lepas tu buang. Buat apa nak pakai yang mahal-mahal. Tapi saya terlupa, organ kewanitaan kita adalah aset paling penting. Seharusnya beri penjagaan terbaik termasuklah memilih pad yang lebih berkualiti.

Oklah, mungkin anda yang sampai ke blog saya ini sebab nak cari maklumat tentang cara mengatasi masalah senggugut, cyst dan endometriosis kan? Saya sharelah sikit-sikit info yang saya kumpul dari pelbagai artikel (majalah/googgle). Moga-moga anda mendapat manfaatnya.


Apa Itu Senggugut?

Mungkin ada pembaca di kalangan adik-adik yang baru akil baligh yang musykil tentang istilah senggugut ini. Pada adik-adik yang belum tahu, senggugut itu ialah kesakitan yang datang time period. Misalnya, rasa sakit perut (bahagian ari-ari), sakit pinggang, sakit bahagian belakang, rasa loya, muntah, cirit-birit dan sakit kepala. Kalau yang teruk sangat tu kadang-kadang boleh pengsan. Kenapa boleh kena senggugut, tiada sebab yang nyata. Menurut pakar ianya berkaitan dengan pengeluaran hormon prostalgaldin yang berlebihan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat, tu sebab kita rasa sakit. 

 



Jenis-jenis senggugut 

Senggugut ada 2 jenis. Jenis yang pertama tak berbahaya digelar senggugut primer (primary dysmenorrhea). Biasanya senggugut jenis ini dialami oleh golongan remaja atau wanita dewasa dalam lingkungan 20-an serta masih belum berkahwin. Senggugut jenis ini akan beransur kurang setelah berkahwin dan melahirkan anak.

Jenis yang kedua ni puan-puan kena ambil berat sebab kalau dah kahwin dan dah melahirkan senggugut masaih tak hilang-hilang, ada kemungkinan ianya sengugut jenis kedua yang iaitu senggugut sekunder (secondary dysmenorrhea). Senggugut jenis kedua ini adalah petunjuk kepada penyakit endometriosis disebabkan masalah rahim terbalik (retroverted uterus) jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim.


 Apa itu endometriosis dan cyst?

 
Penyakit endometriosis berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh ditempat lain di luar rahim (biasanya di ovari, belakang rahim, tiub fallopio, pundi kencing dan juga tempat aneh yang lain seperti parut caeserean). Tisu endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding dan otot rahim yang akan menyebabkan penyakit adenomyosis. Sekiranya keadaan ini berlaku di ovari, darah akan berkumpul di situ lalu menyebabkan cyst ovari. Apabila tisu endometrium ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat rangsangan hormon dalam kitar haid. Lapisan ini juga akan mengeluarkan darah apabila seseorang wanita itu period.

Mengapa Endometriosis Boleh Terjadi ?

Menurut pakar, punca terjadinya penyakit ini tidak begitu jelas namun dikaitkan dengan masalah rahim terbalik jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim. Faktor lain mungkin disebabkan masalah gangguan hormon berpunca dari faktor pemakanan, persekitaran dan juga stress akibat tekanan. Saya pernah bertemu dengan seseorang yang menghidap penyakit adenomyosis, katanya semasa muda beliau suka menggunakan tampon. Jadi, penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti juga mungkin merupakan salah satu faktor. Apatah lagi tampon, yang memang disumbatkan ke dalam.

Pertumbuhan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid maka ia akan terus membesar dan merebak menyebabkan senggugut menjadi semakin serius. Endometriosis yang dibiarkan berlarutan menyebabkan kesan buruk dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil atau kerap mengalami keguguran.


Mengatasi Masalah Senggugut, Endometriosis dan Cyst Secara Semulajadi

Selain perubatan moden (ubat-ubatan dan pembedahan), langkah alternatif yang boleh dilakukan ialah dengan cuba mengawal pertumbuhan endometriosis dan cyst tersebut agar pembedahan yang berulangkali boleh dielakkan. Penyakit ini tiada ubatnya dan agak sukar menghilangkannya terus walaupun sudah dibuang melalui pembedahan kerana ianya boleh berulang. Ini disebabkan penyakit ini dikatakan berkait rapat dengan masalah ketidakseimbangan hormon iaitu berlebihan hormon estrogen. Maknanya selagi belum menopaus atau rahim tidak dibuang selagi itulah risiko endo dan cyst tersebut untuk tumbuh semula adalah tinggi.

Saya pernah terbaca beberapa artikel di internet salah satu cara untuk mengawal pertumbuhan endo dan cyst ini ialah dengan mengurangkan kadar kemasukan estrogen-menyamar ke dalam tubuh (xenoestrogen). Estrogen-menyamar ini apabila bergabung dengan estrogen sebenar dalam tubuh kita mengakibatkan estrogen berlebihan.

Further info
Call/ SMS/WhatsApp 0139867379
PM https://www.facebook.com/messages/NajatJamuSusukDara

18 March 2014

Kanser pangkal rahim

Punca kanser pangkal rahim yang anda tidak sedari jika anda terus dengan ego dan malu anda sendiri. Bertindak dari sekarang, jika anda tidak membuang keputihan yang saban hari akan bertambah banyak didalam faraj anda.

-> pengambilan jamu untuk ketat semata - mata bukan jalan penyelesaian yang anda boleh duduk tenang.

-> Setakat ketat, tapi tidak bersih dan tidak sehat merugikan anda utk spend some cash untuk perkara yang 50% hebat.

-> Pengambilan jamu akan mencairkan kelompok keputihan ini dan mengambil masa yang lama untuk cair dan keluar sehingga ke pantyliner.

-> Take action agresifly kerana setiap masa lendir akan terhasil
dan terkumpul.

Just imagine, jika tahi hidung yang sentiasa terhasil jika tak membuangnya setiap pagi - apa akan jadi dalam hidung tu ? Serupalah yang terjadi dalam faraj wanita semua 

Dapatkan rawatan membuang keputihan dr produk jsd..Dijamin berkesan..ramai sudah mencuba..uolls bila lagi?

  

17 March 2014

Berynna Vit C

Makanan kesihatan untuk kecergasan badan kanak2 dan kecerdasan minda kanak2.

Terdiri daripada 12 bahan utama. 7 DARIPADANYA ADALAH TERDIRI DARIPADA MAKANAN SUNNAH.

7 yang pertama makanan sunnah ialah :

Saffron
√ Melancarkan Peredaran darah
√ Mencegah peradangan pada saluran kencing dan mencegah pembentukkan batu karang
√ Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
√ Vitamin C dan serat yang tinggi yg terdapat dalam saffron mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

Arabic Gum
√ Meningkatkan penyerapan kalsium. ini, seterusnya membawa kepada kepdatan tulang yg lebih baik dan meningkatkan kekuatan tulang.
√ Meningkatkan hormon darah yang mengurangkan rasa lapar.
√ Mengurangkan risiko jangkitan usus.
√ Meningkatkan pengawalaturan usus, pukal dan kelembutan.

Madu
√ Meningkatkan hemoglobin dan membantu mencegah dari serangan anemia.
√ Meningkatkankadar serapan kalsium dalam badan.
√ Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

Kismis
√ Membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa
√ Membantu utk meningkatkan kesihatan usus besar.
√ Kismis juga boleh membantu utk memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi.

Buah Tin
√ Buah tin kaya dgn kalsium dan potasium juga mengandungi zat benzaldehyde yang bermanfaat melawan sel-sel kanser. Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan ( toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi utk membersihkan hati dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.

Habbatus Sauda
√ Menguatkan sistem imunisasi dalam badan
√ Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
√ Membantu ketika menstruasi dan meningkatkan produksi air susu ibu.

Buah Delima
√ Delima mengandungi antioksida yang sangat tinggi. pengambilannya akan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan Alzheimer.
√ Selain itu, buah delima mengandungi vitamin dan nutrient yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan utk membantu mengekalkan tubuh agar sentiasa sehat.

Campuran lain makanan kesihatan ini adalah :

Halia
√ Membantu menghadamkan makanan
√ Membuang angin yang terdapat didalam usus kecil dan usus besar.

Garam Bukit
√ Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24jam.
√ Membantu memperseimbangkan kealkalian ? keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah
√ Membantu melarutkan dan menyah mendapatan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti artritis.\, batu hempedu dan batu karang.

Glukosa
√ rasa manis tanpa kandungan gula

Pegaga
√ Merawat masalah bau badan akibat peluh dari dalam badan
√ Membantu mengawal paras gula dalam darah
√ Boleh menurunkan berat badan ke tahap normal

Cuka Epal
√ Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan
√ Merangsang pemecahan lemak
√ Melancarkan perjalanan darah
√ Menguatkan tenaga dalaman
√ Melawaskan usus besar dan kecil




Further info
Call/ SMS/WhatsApp 0139867379

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...